PEMANASAN GLOBAL
PEMANASAN GLOBAL (GLOBAL WARMING)
GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat
kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya
tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya,
fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan
kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan
perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.
1. PERINDUSTRIAN
Aktiviti
perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global.
Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan
mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya
gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
2. PENGANGKUTAN
Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini. Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida
3. PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan
pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan
kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau
sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida.
4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan. Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan
perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan
najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan
membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain
punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat
juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.
Letupan
gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi
banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida,
gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya
pemanasan global.
Peningkatan
suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan
glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air
laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti
kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji
dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya
Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian
banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa
manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti
tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
Kekeringan
sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan
hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran
menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan
terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global
mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola
tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang
hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca
panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan
kejadian ribut, banjir dan taufan.Sumber :http://my-work-global-warming.blogspot.com/


